Saturday, July 16, 2011

Tajuk 03 - Interaksi Antara Pelbagai Tamadun Bil 01 - Islam / Melayu / India / Cina / Jepun / Eropah

TAJUK : INTERAKSI ANTARA PELBAGAI TAMADUN Bil 01
KANDUNGAN :
(1)- Islam   (2)- Melayu   (3)- Cina   (4)- India   (5)- Jepun  (6)- Eropah
PENDAHULUAN
Setiap tamadun yg muncul mempunyai sifat-sifat, pencapaian2 serta keunikannya yg tersendiri. Namun demikian ia tidak bermakna sebuah tamadun yg tertutup & tidak menerima pengaruh luar sebaliknya terdapat interaksi yang berlaku antara tamadun. interaksi antara tamadun ini berlaku di peringkat nilai, idea, institusi dan insan. Ia berlaku disepanjang sejarah. Interaksi ini melahirkan kesan2 positif dan negatif. Interaksi antara tamadun berlaku melalui proses yang tertentu dan juga dgn pelbagai cara yang berbeza. Interaksi berlaku krn wujudnya sifat toleransi yg tinggi serta sikap saling hormat menghormati antara sesebuah tamadun dgn tamadun yg lain. sifat terbuka ini memberi peluang kpd berlakunya percambahan pemikiran dan budaya serta memperkayakan lagi tamadun tersebut dlm pelbagai aspek.Hal ini dpt mengelakkan sesebuah tamadun itu drp menjadi beku dan jumud yg akhirnya boleh meruntuhkannya.
CONTOH-CONTOH INTERAKSI ANTARA TAMADUN
Interaksi Antara Tamadun Islam dgn Yahudi & Kristian
Dlm perlembagaan Madinah (Sahifah madinah) yg digubal oleh nabi Muhammad s.a.w. di madinah, hak2 org Kristian & yahudi serta penganut2 agama lain diberi perlindungan. Mereka diberi kebebasan mengamalkan agama mereka tanpa sebarang gangguan. Hal yg sama juga berlaku di zaman Khulafa' Rashidin, Bani Umaiyyah, Bani Abbasiah, Uthmaniah & kerajaan2 Islam di India. Bahkan mereka mendapat kedudukan tinggi dlm pentadbiran, contohnya zaman Abbasiah, tokoh2 intelektual Yahudi & Kristian menjadi penterjemah buku2 greek ke dlm bahasa Arab. dan juga di Andalusia, muncul ramai penulis dan intelektual Yahudi & Kristian.
Interakasi Antara Tamadun India dgn Cina
Interaksi antara tamadun india & cina berlaku secara aman melalui hubungan perdagangan dan keagamaan. Kesannya kpd Cina ialah (1)- Agama Buddha disebarkan ke negeri cina. (2)-Teknologi membuat gula dari tebu diperkembangkan di China (3)- Bidang astronomi India diperkembangkan di China (4)- Beberapa perbendaharaan kata bahasa Pali & Sanskrit mempengaruhi kesusasteraan Cina. manakala kesannya kpd Tamadun India ialah (1)- Berkembangnya teknologi membuat kertas, bahan letupan & penggunaan kompas
Interaksi Antara Tamadun Islam & Cina
Berlaku secara aman melalui perdagangan dimana pedagang2 arab dan Parsi memainkan peranan. Kesannya (1)- Terdapat komuniti Arab-Islam menetap di Cina (2)- Berlaku perkahwinan campur antara pedagang2 dgn wanita2 tempatan (3)- Penyebaran agama Islam di Cina (4)- Munculnya cendikiawan2 Islam tempatan yg mashyur spt Liu Zhi & Mha Zhu (5)- Ukiran seni bina Arab-Islam dgn seni bina China spt bentuk2 masjid di China hari ini.
Interaksi Antara Tamadun Islam Dgn Melayu
Berlaku secara aman melalui perdagangan dan meninggalkan kesan yang amat ketara. (1)- Tersebarnya Islam di Kepulauan Melayu serta munculnya kerajaan2 Islam tempatan di Pasai, Melaka, Aceh, Johor-Riau, Brunei, Patani, Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dll. (2)- Wujudnya tulisan Jawi yg memainkan peranan penting penyebaran dan perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu. (3)- Pengaruh Islam dalam perundangan, kesusasteraan, kesenian, pakaian, makanan dll. (4)- Terdapat banyak istilah2 Arab digunakan dalam bahasa Melayu.
Interaksi Antara Tamadun China Dgn Melayu
Berlaku melalui 2 cara iaitu (1)- Secara aman (2)- konflik peperangan. Interaksi secara aman berlaku melalui aktivit perdagangan, emigrasi dan hubungan diplomatik. Kemuncak hubungan diplomatik ialah pd zaman Kesultanan Melaka. manakala konflik peperangan berlaku pd pemerintahan Dinasti Yuan/Monggol (1279-1368M) yg pernah menyerang Myanmar (Kemboja) dan Jawa pd abad ke 13 M. Interaksi  Antara Tamadun China Dgn Melayu ini tidak melibatkan pemikiran dan falsafah sebaliknya melibatkan kemahiran dan teknologi serta kebendaan. Di antara kesannya kpd Tamadun Melayu ialah (1)- Tamadun China membawa teknologi membuat gula dari tebu ke Kepulauan Melayu contohnya di Jawa (2)- Kemahiran dlm perusahaan sutera, membuat tembikat & pertukangan logam (3)- Beberapa jenis makanan masyarakat Cina diperkenalkan kpd masyarakat Melayu spt tauhu, kicap, taugeh dan sebagainya.
Interaksi Antara Tamadun China & Jepun
Berlaku secara aman dan Kesannya kpd Jepun ialah (1)- Agama buddha dari China dikembangkan di Jepun dan telah mencapai zaman puncak pd zaman Nara dan Heian. (2)- Tulisan Cina telah menjadi asas kpd pembentukkan tulisan Jepun iaitu HIRAGANA dan KATAKANA. (3)- Pengaruh cina dlm upacara2 tertentu di Jepun spt upacara minum teh, seni taman dan struktur pembinaan bandar. (4)- Ajaran Falsafah Konfusianisme dari Cina turut diasimilasikan dlm tamadun Jepun. Ajaran Konfusianisme yg menekankan kpd institusi keluarga telah memantapkan lagi institusi keluarga Jepun. (5)- konsep mandat dari syurga tlh memperkukuhkan lagi kedudukan Maharaja Jepun yg dipercayai berasal dari keturunan Dewi Amaterasu.
FAKTOR-FAKTOR INTERAKSI
(1)- Berlaku keserasian antara budaya tempatan dgn budaya luar, masing2 mempunyai keistimewaan tersendiri yg mampu menarik perhatian dan kecenderungan pihak lain.
(2)- Penjajahan yg memaksa masyarakat tempatan menerima budaya penjajah.
(3)- Perdagangan melalui proses hubungan dua hala
(4)- Pendidikan dan ilmu pengetahuan, contohnya melalui pertukaran pelajar antara dua buah negara atau menghantar pelajar ke luar negara yg memakan masa beberapa tahun spt di Mesir, morocco, Jordan dll.
(5)- Ibadah & Ziarah, contohnya ke tanah Suci Mekah & Madinah.
(6)- Perkahwinan antara pasangan yang berlainan budaya yg menyebabkan berlakunya asimilasi.
KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN (POSITIF & NEGATIF)
(1)- Positif
Iaitu interaksi yang berlaku secara harmoni tanpa ada pertembungan terbuka antara budaya tempatan dgn budaya yg dibawa masuk samada oleh masyarakat tempatan sendiri atau sebaliknya.
(2)- Negatif
Iaitu interaksi yang berlaku secara pertembungan mengejut sukar diterima oleh masyarakat tempatan disebabkan terlalu jauh berbeza dgn budaya tempatan, lebih2 lagi berlainan tuntutan keagamaan. Interaksi spt ini boleh membawa berlakunya penentangan dan peperangan secara terbuka.
SOALAN-SOALAN LATIHAN
(1)- Apakah kesan-kesan yang terhasil daripada interaksi antara tamadun dan nyatakan contoh-contohnya.
       ______________________________________________________________________________
       ______________________________________________________________________________
       ______________________________________________________________________________
(2)- Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi interaksi antara tamadun.
      _______________________________________________________________________________
      _______________________________________________________________________________
      _______________________________________________________________________________

No comments:

Post a Comment