Saturday, July 16, 2011

Tajuk 04 - Interaksi Antara Pelbagai Tamadun Bil 02

TAJUK : INTERAKSI ANTARA PELBAGAI TAMADUN BIL 02
KANDUNGAN :
(1)- Nilai-nilai Universal Antara Tamadun
(2)- Persamaan & Perbezaan
(3)- Contoh-contoh Interaksi dlm sejarah, bahasa, kesenian & kesusasteraan.

Nilai-Nilai Universal Antara Tamadun
Iaitu "Sesuatu elemen murni yang terdapat dalam sesebuah tamadun terbukti memberi pengaruh besar terhadap keselesaan hidup, kebahagiaan, keharmonian dan kemakmuran serta menjadi pegangan masyarakat untuk dihayati dan dipertahankan".

Contoh : INSTITUSI KELUARGA DAN KOMUNITI
 TAMADUN ISLAM
Tamadun Islam yang berasaskan ajaran al-Quran memberi kepentingan dalam hubungan kekeluargaan. Hubungan anak-anak dengan ibu bapa berasaskan kepada hak dan tanggungjawab. Islam menegaskan hak terhadap anak mestilah dilaksanakan sejak anak itu di dalam kandungan. Ibu bapa bertanggungjawab memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anak-merangkumi pendidikan agama dan kemahiran. Anak-anak tidak boleh menderhaka terhadap ibu bapa kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa. Konsep keadilan menjadi asas di dalam sistem keluarga Islam.
TAMADUN CHINA
Keluarga merupakan unit asas dalam tamadun China. Ajaran Confucius menjadi asas kepada tamadun China-pentingkan hubungan kasih sayang dan hierarki kuasa. Konsep ‘li’ menekankan 5 jalinan hubungan sesama manusia:-
a) hubungan maharaja dengan rakyat
b) hubungan bapa dengan anak
c) hubungan abang dengan adik
d) hubungan suami dengan isteri
e) hubungan kawan dengan kawan
Anak-anak tidak boleh menderhaka kepada kedua ibu bapa. Konsep ketaatan yang kental kepada ibu bapa menyebabkan masyarakat cina mengadakan upacara mengingati nenek moyang-bertujuan mengucapkan terima kasih dan menunjukkan ketaatan kepada nenek moyang dan ibu bapa yang telah meninggal.
TAMADUN INDIA
Unit penting dalam tamadun India. Pembinaan keluarga mempunyai matlamat untuk membentuk sistem sokongan yang berbentuk fizikal dan kerohanian, di samping menjadi penerus zuriat. Keluarga bersama ialah bentuk yang paling menonjol dalam sistem kekeluargaan India. Walaupun hubungan darah yang dikiradaripada anggota lelaki daripada keluarga yang sama merupakan asas ikatan kekeluargaan tetapi yang lebih penting ialah ikatan yang didasarkan oleh perasaan kasih sayang dan rasa hormat.Teori kedatangan Islam dalam Tamadun Melayu.

No comments:

Post a Comment