Saturday, July 16, 2011

Tajuk 02 - Konsep Asas Tamadun Islam

TAJUK : KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM
KANDUNGAN :
(1)- Definasi
(2)- Prinsip
(3)- Sumber
(4)- Matlamat Tamadun Islam

Definasi Tamadun Islam:
"Sebuah tamadun yang dibangunkan atas asas taqwa dan keredhaan Allah S.W.T. melengkapi syarat-syarat dan ciri-ciri yang ditetapkan oleh Al-Quran dan al-Sunnah sehingga wujud sebuah masyarakat yang aman harmoni dan mendapat keampunan Ilahi"
Asas-Asas Tamadun Islam:
(1)- AQIDAH -Keimanan kpd perkara-perkara yang ghaib sebagaimana yg diwajibkan oleh Allah dan Rasulnya dalam al-Quran dan al-Sunnah, terikat kukuh dlm sanubari setiap mukmin.
(2)- SYARI'AH - Peraturan & undang-undang yang diperundangkan oleh Allah dan Rasul-Nya sama ada yang membabitkan persoalan ibadah, muamalah, kekeluargaan dan jenayah.
(3)- AKHLAKAkhlak ataupun budipekerti mulia. Menurut Al-Ghazali: "Suatu keadaan yg wujud dlm sanubari seseorang insan yg menerbitkan sesuatu tindakan dgn mudah tanpa teragak-agak".
Keistimewaan Tamadun Islam:
1- Bersumberkan wahyu daripada Allah Taala.
2- Bersifat Universal, tiada dibatasi geografi, sentiasa berkembang dan kekal tidak pupus.
3- Gemilang & Agung
4- Menekan pembangunan spiritual berbanding material, hidayah bukan jibayah (kebendaan).
5- Tegak atas dasar kerelaan bukan paksaan.
Sumber Tamadun Islam:
1- Al-Quran (Sumber Mutlak) - Kalam Allah Taala yg diturunkan kpd Nabi Muhammad S.A.W. melalui Malaikat Jibril a.s. berbahasa Arab, secara beransur-ansur, bersifat mukjizat, dipindahkan secara mutawatir dan menjadi ibadah bagi sesiapa sahaja yang membacanya.
2- As-Sunnah (Sumber Mutlak) - Segala perkataan, perbuatan, perakuan & sifat keperibadian dan ketrampilan Nabi Muhammad s.a.w. (perjalanan hidup baginda).
3- Al-Ijtihad (Sumber tafsiran) - Kesungguhan dan komitmen yg ada di kalangan para ulama mujtahidin semasa dalam usaha membuat keputusan terhadap sesuatu persoalan yg belum dinaskan secara qat'i sama ada al-Quran mahupun al-Sunnah. Contoh: Pengharaman dadah, rokok dan seumpamanya.
4- Tamadun-Tamadun Asing - Segala kebaikan yang ada pada tamadun asing yg tidak bertentangan dgn syariat Islam boleh dimanfaatkan oleh umat Islam utk membangunkan tamadun mereka.
Matlamat Tamadun Islam
(1)- Melahirkan manusia yang mentauhidkan Allah dan mengabdikan diri kepada Allah dalam seluruh kehidupannya.
(2)- Melahirkan Insan Saleh
(3)- Melahirkan manusia sebagai khalifah Allah yg bert/jawab dgn Allah, manusia dan alam.
(4)- Melahirkan masyarakat yang hidup di dunia secara harmoni dan mendapat keampunan Ilahi di akhirat.
Ciri-ciri Khusus Tamadun Islam
(1)- Keagamaan - Buktinya 'aqidah, syaria'ah dan akhlak menjadi asas utama berpaksikan ajaran Tauhid.
(2)- Sejagat & Sepanjang zaman - Tidak terikat dgn sempadan masa, geografi, politik, budaya, bangsa.
(3)- Terbuka - Menerima semua elemen kebaikan dan mengiktiraf sumbangan daripada orang lain.
(4)- Toleransi - Bertolak ansur terhadap kepercayaan & amalan keagamaan dan budaya masyarakat lain.
(5)- Bermatlamatkan keredhaan Allah Taala.
(6)- Sepadu & Seimbang - antara pembangunan intelektual, spiritual, emosional (akhlak) dan material.
Tujuan Tamadun Islam (Maqasid Syar'iyah)
Bertujuan memperkasa dan memelihara 5 perkara asas yang menjadi tunggak keharmonian manusia sejagat :
(1)- Menjaga Agama
(2)- Menjaga nyawa
(3)- Menjaga akal
(4)- Menjaga maruah dan keturunan manusia
(5)- Menjaga harta benda.

No comments:

Post a Comment