TAJUK : ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU
KANDUNGAN :
(1)- Peranannya dalam pembinaan Tamadun Malaysia
(2)- Teori Kedatangan Islam Ke Tanah Melayu
(3)- Kesan dan Pengaruh Islam dalam Tamadun Melayu
(4)- Peranan dalam Pembinaan Tamadun Malaysia
Nota Penuh sila klik di bawah ini :
(1)- Islam Dalam Tamadun Melayu
Nama Pensyarah : Mohd Rizuan Bin Hj Abd Rasip No. Tel: 0176664291 Email: rizuanrasip1968@gmail.com
Saturday, July 16, 2011
Tajuk 04 - Interaksi Antara Pelbagai Tamadun Bil 02
TAJUK : INTERAKSI ANTARA PELBAGAI TAMADUN BIL 02
KANDUNGAN :
(1)- Nilai-nilai Universal Antara Tamadun
(2)- Persamaan & Perbezaan
(3)- Contoh-contoh Interaksi dlm sejarah, bahasa, kesenian & kesusasteraan.
TAMADUN ISLAM
KANDUNGAN :
(1)- Nilai-nilai Universal Antara Tamadun
(2)- Persamaan & Perbezaan
(3)- Contoh-contoh Interaksi dlm sejarah, bahasa, kesenian & kesusasteraan.
Nilai-Nilai Universal Antara Tamadun
Iaitu "Sesuatu elemen murni yang terdapat dalam sesebuah tamadun terbukti memberi pengaruh besar terhadap keselesaan hidup, kebahagiaan, keharmonian dan kemakmuran serta menjadi pegangan masyarakat untuk dihayati dan dipertahankan".
Contoh : INSTITUSI KELUARGA DAN KOMUNITI
Tamadun Islam yang berasaskan ajaran al-Quran memberi kepentingan dalam hubungan kekeluargaan. Hubungan anak-anak dengan ibu bapa berasaskan kepada hak dan tanggungjawab. Islam menegaskan hak terhadap anak mestilah dilaksanakan sejak anak itu di dalam kandungan. Ibu bapa bertanggungjawab memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anak-merangkumi pendidikan agama dan kemahiran. Anak-anak tidak boleh menderhaka terhadap ibu bapa kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa. Konsep keadilan menjadi asas di dalam sistem keluarga Islam.
TAMADUN CHINA
Keluarga merupakan unit asas dalam tamadun China. Ajaran Confucius menjadi asas kepada tamadun China-pentingkan hubungan kasih sayang dan hierarki kuasa. Konsep ‘li’ menekankan 5 jalinan hubungan sesama manusia:-
a) hubungan maharaja dengan rakyat
b) hubungan bapa dengan anak
c) hubungan abang dengan adik
d) hubungan suami dengan isteri
e) hubungan kawan dengan kawan
Anak-anak tidak boleh menderhaka kepada kedua ibu bapa. Konsep ketaatan yang kental kepada ibu bapa menyebabkan masyarakat cina mengadakan upacara mengingati nenek moyang-bertujuan mengucapkan terima kasih dan menunjukkan ketaatan kepada nenek moyang dan ibu bapa yang telah meninggal.
TAMADUN INDIA
Unit penting dalam tamadun India. Pembinaan keluarga mempunyai matlamat untuk membentuk sistem sokongan yang berbentuk fizikal dan kerohanian, di samping menjadi penerus zuriat. Keluarga bersama ialah bentuk yang paling menonjol dalam sistem kekeluargaan India. Walaupun hubungan darah yang dikiradaripada anggota lelaki daripada keluarga yang sama merupakan asas ikatan kekeluargaan tetapi yang lebih penting ialah ikatan yang didasarkan oleh perasaan kasih sayang dan rasa hormat.Teori kedatangan Islam dalam Tamadun Melayu.
Tajuk 03 - Interaksi Antara Pelbagai Tamadun Bil 01 - Islam / Melayu / India / Cina / Jepun / Eropah
TAJUK : INTERAKSI ANTARA PELBAGAI TAMADUN Bil 01
KANDUNGAN :
(1)- Islam (2)- Melayu (3)- Cina (4)- India (5)- Jepun (6)- Eropah
KANDUNGAN :
(1)- Islam (2)- Melayu (3)- Cina (4)- India (5)- Jepun (6)- Eropah
PENDAHULUAN
Setiap tamadun yg muncul mempunyai sifat-sifat, pencapaian2 serta keunikannya yg tersendiri. Namun demikian ia tidak bermakna sebuah tamadun yg tertutup & tidak menerima pengaruh luar sebaliknya terdapat interaksi yang berlaku antara tamadun. interaksi antara tamadun ini berlaku di peringkat nilai, idea, institusi dan insan. Ia berlaku disepanjang sejarah. Interaksi ini melahirkan kesan2 positif dan negatif. Interaksi antara tamadun berlaku melalui proses yang tertentu dan juga dgn pelbagai cara yang berbeza. Interaksi berlaku krn wujudnya sifat toleransi yg tinggi serta sikap saling hormat menghormati antara sesebuah tamadun dgn tamadun yg lain. sifat terbuka ini memberi peluang kpd berlakunya percambahan pemikiran dan budaya serta memperkayakan lagi tamadun tersebut dlm pelbagai aspek.Hal ini dpt mengelakkan sesebuah tamadun itu drp menjadi beku dan jumud yg akhirnya boleh meruntuhkannya.
CONTOH-CONTOH INTERAKSI ANTARA TAMADUN
Interaksi Antara Tamadun Islam dgn Yahudi & Kristian
Dlm perlembagaan Madinah (Sahifah madinah) yg digubal oleh nabi Muhammad s.a.w. di madinah, hak2 org Kristian & yahudi serta penganut2 agama lain diberi perlindungan. Mereka diberi kebebasan mengamalkan agama mereka tanpa sebarang gangguan. Hal yg sama juga berlaku di zaman Khulafa' Rashidin, Bani Umaiyyah, Bani Abbasiah, Uthmaniah & kerajaan2 Islam di India. Bahkan mereka mendapat kedudukan tinggi dlm pentadbiran, contohnya zaman Abbasiah, tokoh2 intelektual Yahudi & Kristian menjadi penterjemah buku2 greek ke dlm bahasa Arab. dan juga di Andalusia, muncul ramai penulis dan intelektual Yahudi & Kristian.
Interakasi Antara Tamadun India dgn Cina
Interaksi antara tamadun india & cina berlaku secara aman melalui hubungan perdagangan dan keagamaan. Kesannya kpd Cina ialah (1)- Agama Buddha disebarkan ke negeri cina. (2)-Teknologi membuat gula dari tebu diperkembangkan di China (3)- Bidang astronomi India diperkembangkan di China (4)- Beberapa perbendaharaan kata bahasa Pali & Sanskrit mempengaruhi kesusasteraan Cina. manakala kesannya kpd Tamadun India ialah (1)- Berkembangnya teknologi membuat kertas, bahan letupan & penggunaan kompas
Interaksi Antara Tamadun Islam & Cina
Berlaku secara aman melalui perdagangan dimana pedagang2 arab dan Parsi memainkan peranan. Kesannya (1)- Terdapat komuniti Arab-Islam menetap di Cina (2)- Berlaku perkahwinan campur antara pedagang2 dgn wanita2 tempatan (3)- Penyebaran agama Islam di Cina (4)- Munculnya cendikiawan2 Islam tempatan yg mashyur spt Liu Zhi & Mha Zhu (5)- Ukiran seni bina Arab-Islam dgn seni bina China spt bentuk2 masjid di China hari ini.
Interaksi Antara Tamadun Islam Dgn Melayu
Berlaku secara aman melalui perdagangan dan meninggalkan kesan yang amat ketara. (1)- Tersebarnya Islam di Kepulauan Melayu serta munculnya kerajaan2 Islam tempatan di Pasai, Melaka, Aceh, Johor-Riau, Brunei, Patani, Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dll. (2)- Wujudnya tulisan Jawi yg memainkan peranan penting penyebaran dan perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu. (3)- Pengaruh Islam dalam perundangan, kesusasteraan, kesenian, pakaian, makanan dll. (4)- Terdapat banyak istilah2 Arab digunakan dalam bahasa Melayu.
Interaksi Antara Tamadun China Dgn Melayu
Berlaku melalui 2 cara iaitu (1)- Secara aman (2)- konflik peperangan. Interaksi secara aman berlaku melalui aktivit perdagangan, emigrasi dan hubungan diplomatik. Kemuncak hubungan diplomatik ialah pd zaman Kesultanan Melaka. manakala konflik peperangan berlaku pd pemerintahan Dinasti Yuan/Monggol (1279-1368M) yg pernah menyerang Myanmar (Kemboja) dan Jawa pd abad ke 13 M. Interaksi Antara Tamadun China Dgn Melayu ini tidak melibatkan pemikiran dan falsafah sebaliknya melibatkan kemahiran dan teknologi serta kebendaan. Di antara kesannya kpd Tamadun Melayu ialah (1)- Tamadun China membawa teknologi membuat gula dari tebu ke Kepulauan Melayu contohnya di Jawa (2)- Kemahiran dlm perusahaan sutera, membuat tembikat & pertukangan logam (3)- Beberapa jenis makanan masyarakat Cina diperkenalkan kpd masyarakat Melayu spt tauhu, kicap, taugeh dan sebagainya.
Interaksi Antara Tamadun China & Jepun
Berlaku secara aman dan Kesannya kpd Jepun ialah (1)- Agama buddha dari China dikembangkan di Jepun dan telah mencapai zaman puncak pd zaman Nara dan Heian. (2)- Tulisan Cina telah menjadi asas kpd pembentukkan tulisan Jepun iaitu HIRAGANA dan KATAKANA. (3)- Pengaruh cina dlm upacara2 tertentu di Jepun spt upacara minum teh, seni taman dan struktur pembinaan bandar. (4)- Ajaran Falsafah Konfusianisme dari Cina turut diasimilasikan dlm tamadun Jepun. Ajaran Konfusianisme yg menekankan kpd institusi keluarga telah memantapkan lagi institusi keluarga Jepun. (5)- konsep mandat dari syurga tlh memperkukuhkan lagi kedudukan Maharaja Jepun yg dipercayai berasal dari keturunan Dewi Amaterasu.
FAKTOR-FAKTOR INTERAKSI
(1)- Berlaku keserasian antara budaya tempatan dgn budaya luar, masing2 mempunyai keistimewaan tersendiri yg mampu menarik perhatian dan kecenderungan pihak lain.
(2)- Penjajahan yg memaksa masyarakat tempatan menerima budaya penjajah.
(3)- Perdagangan melalui proses hubungan dua hala
(4)- Pendidikan dan ilmu pengetahuan, contohnya melalui pertukaran pelajar antara dua buah negara atau menghantar pelajar ke luar negara yg memakan masa beberapa tahun spt di Mesir, morocco, Jordan dll.
(5)- Ibadah & Ziarah, contohnya ke tanah Suci Mekah & Madinah.
(6)- Perkahwinan antara pasangan yang berlainan budaya yg menyebabkan berlakunya asimilasi.
FAKTOR-FAKTOR INTERAKSI
(1)- Berlaku keserasian antara budaya tempatan dgn budaya luar, masing2 mempunyai keistimewaan tersendiri yg mampu menarik perhatian dan kecenderungan pihak lain.
(2)- Penjajahan yg memaksa masyarakat tempatan menerima budaya penjajah.
(3)- Perdagangan melalui proses hubungan dua hala
(4)- Pendidikan dan ilmu pengetahuan, contohnya melalui pertukaran pelajar antara dua buah negara atau menghantar pelajar ke luar negara yg memakan masa beberapa tahun spt di Mesir, morocco, Jordan dll.
(5)- Ibadah & Ziarah, contohnya ke tanah Suci Mekah & Madinah.
(6)- Perkahwinan antara pasangan yang berlainan budaya yg menyebabkan berlakunya asimilasi.
KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN (POSITIF & NEGATIF)
(1)- Positif
Iaitu interaksi yang berlaku secara harmoni tanpa ada pertembungan terbuka antara budaya tempatan dgn budaya yg dibawa masuk samada oleh masyarakat tempatan sendiri atau sebaliknya.
(2)- Negatif
Iaitu interaksi yang berlaku secara pertembungan mengejut sukar diterima oleh masyarakat tempatan disebabkan terlalu jauh berbeza dgn budaya tempatan, lebih2 lagi berlainan tuntutan keagamaan. Interaksi spt ini boleh membawa berlakunya penentangan dan peperangan secara terbuka.
SOALAN-SOALAN LATIHAN
(1)- Apakah kesan-kesan yang terhasil daripada interaksi antara tamadun dan nyatakan contoh-contohnya.
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
(2)- Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi interaksi antara tamadun.
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
(1)- Positif
Iaitu interaksi yang berlaku secara harmoni tanpa ada pertembungan terbuka antara budaya tempatan dgn budaya yg dibawa masuk samada oleh masyarakat tempatan sendiri atau sebaliknya.
(2)- Negatif
Iaitu interaksi yang berlaku secara pertembungan mengejut sukar diterima oleh masyarakat tempatan disebabkan terlalu jauh berbeza dgn budaya tempatan, lebih2 lagi berlainan tuntutan keagamaan. Interaksi spt ini boleh membawa berlakunya penentangan dan peperangan secara terbuka.
SOALAN-SOALAN LATIHAN
(1)- Apakah kesan-kesan yang terhasil daripada interaksi antara tamadun dan nyatakan contoh-contohnya.
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
(2)- Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi interaksi antara tamadun.
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
Tajuk 02 - Konsep Asas Tamadun Islam
TAJUK : KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM
KANDUNGAN :
(1)- Definasi
(2)- Prinsip
(3)- Sumber
(4)- Matlamat Tamadun Islam
KANDUNGAN :
(1)- Definasi
(2)- Prinsip
(3)- Sumber
(4)- Matlamat Tamadun Islam
Definasi Tamadun Islam:
"Sebuah tamadun yang dibangunkan atas asas taqwa dan keredhaan Allah S.W.T. melengkapi syarat-syarat dan ciri-ciri yang ditetapkan oleh Al-Quran dan al-Sunnah sehingga wujud sebuah masyarakat yang aman harmoni dan mendapat keampunan Ilahi"
Asas-Asas Tamadun Islam:
(1)- AQIDAH -Keimanan kpd perkara-perkara yang ghaib sebagaimana yg diwajibkan oleh Allah dan Rasulnya dalam al-Quran dan al-Sunnah, terikat kukuh dlm sanubari setiap mukmin.
(2)- SYARI'AH - Peraturan & undang-undang yang diperundangkan oleh Allah dan Rasul-Nya sama ada yang membabitkan persoalan ibadah, muamalah, kekeluargaan dan jenayah.
(3)- AKHLAK - Akhlak ataupun budipekerti mulia. Menurut Al-Ghazali: "Suatu keadaan yg wujud dlm sanubari seseorang insan yg menerbitkan sesuatu tindakan dgn mudah tanpa teragak-agak".
Keistimewaan Tamadun Islam:
1- Bersumberkan wahyu daripada Allah Taala.
2- Bersifat Universal, tiada dibatasi geografi, sentiasa berkembang dan kekal tidak pupus.
3- Gemilang & Agung
4- Menekan pembangunan spiritual berbanding material, hidayah bukan jibayah (kebendaan).
5- Tegak atas dasar kerelaan bukan paksaan.
Sumber Tamadun Islam:
1- Al-Quran (Sumber Mutlak) - Kalam Allah Taala yg diturunkan kpd Nabi Muhammad S.A.W. melalui Malaikat Jibril a.s. berbahasa Arab, secara beransur-ansur, bersifat mukjizat, dipindahkan secara mutawatir dan menjadi ibadah bagi sesiapa sahaja yang membacanya.
2- As-Sunnah (Sumber Mutlak) - Segala perkataan, perbuatan, perakuan & sifat keperibadian dan ketrampilan Nabi Muhammad s.a.w. (perjalanan hidup baginda).
3- Al-Ijtihad (Sumber tafsiran) - Kesungguhan dan komitmen yg ada di kalangan para ulama mujtahidin semasa dalam usaha membuat keputusan terhadap sesuatu persoalan yg belum dinaskan secara qat'i sama ada al-Quran mahupun al-Sunnah. Contoh: Pengharaman dadah, rokok dan seumpamanya.
4- Tamadun-Tamadun Asing - Segala kebaikan yang ada pada tamadun asing yg tidak bertentangan dgn syariat Islam boleh dimanfaatkan oleh umat Islam utk membangunkan tamadun mereka.
Matlamat Tamadun Islam
(1)- Melahirkan manusia yang mentauhidkan Allah dan mengabdikan diri kepada Allah dalam seluruh kehidupannya.
(2)- Melahirkan Insan Saleh
(3)- Melahirkan manusia sebagai khalifah Allah yg bert/jawab dgn Allah, manusia dan alam.
(4)- Melahirkan masyarakat yang hidup di dunia secara harmoni dan mendapat keampunan Ilahi di akhirat.
Ciri-ciri Khusus Tamadun Islam
(1)- Keagamaan - Buktinya 'aqidah, syaria'ah dan akhlak menjadi asas utama berpaksikan ajaran Tauhid.
(2)- Sejagat & Sepanjang zaman - Tidak terikat dgn sempadan masa, geografi, politik, budaya, bangsa.
(3)- Terbuka - Menerima semua elemen kebaikan dan mengiktiraf sumbangan daripada orang lain.
(4)- Toleransi - Bertolak ansur terhadap kepercayaan & amalan keagamaan dan budaya masyarakat lain.
(5)- Bermatlamatkan keredhaan Allah Taala.
(6)- Sepadu & Seimbang - antara pembangunan intelektual, spiritual, emosional (akhlak) dan material.
Tujuan Tamadun Islam (Maqasid Syar'iyah)
Bertujuan memperkasa dan memelihara 5 perkara asas yang menjadi tunggak keharmonian manusia sejagat :
(1)- Menjaga Agama
(2)- Menjaga nyawa
(3)- Menjaga akal
(4)- Menjaga maruah dan keturunan manusia
(5)- Menjaga harta benda.
Tajuk 01 - Pengenalan Ilmu Ketamadunan Dalam Pembinaan Tamadun Malaysia
TAJUK : Pengenalan Ilmu Ketamadunan Dalam Pembinaan Tamadun Malaysia.
Kandungan :
(1)- Konsep Tamadun
(2)- Definasi
(3)- Ciri-ciri
(4)- Objektif
Kandungan :
(1)- Konsep Tamadun
(2)- Definasi
(3)- Ciri-ciri
(4)- Objektif
Friday, June 12, 2009
SELAMAT DATANG KE BLOG T.I.T.A.S IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka.
Selamat datang kepada semua pengunjung blog TITAS IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka khususnya kepada student PISMP sem 1 di institut ini yang mengikuti subjek TITAS. Blog ini dibina bagi memberi dan menyalurkan maklumat berkaitan subjek tersebut. Mudah-mudahan blog ini mampu menyumbang sesuatu yang bermanfaat untuk meningkatkan lagi kefahaman tentang subjek Tamadun Islam & Asia atau ringkasnya TITAS.
MOHD RIZUAN BIN HJ ABD RASIP
Pensyarah,
Jabatan Pendidikan Islam & Moral,
IPGM-KPM, Melaka.
Subscribe to:
Posts (Atom)