Tuesday, October 4, 2011

Selamat Menghadapi Ujian Akhir Kursus (UAK) Subjek TITAS (Tamadun Islam & Asia pada hari Ahad 9.10.2011 jam 8:30 pagi ... Sila datang awal.

Format UAK TITAS
No. Kod : WAJ3101       Masa :  1 Jam 30 Minit
Kertas soalan bagi mata pelajaran TITAS mengandungi 3 bahagian :-
Bahagian A = 10 soalan Objektif ( Jawab semua )
Bahagian B =  4 soalan struktur ( jawab semua )
Bahagian C =  2 soalan esei ( jawab 1 sahaja )
Contoh soalan objektif 
(1)- Perkataan berikut dikaitkan dengan pengertian tamadun KECUALI
       (A)-   Umran
       (B)-   Madyan
       (C)-   Thaqafah
       (D)-   Hadharah
Contoh soalan struktur
1.   Interaksi antara tamadun berlaku di sepanjang sejarah di peringkat nilai, idea, institusi dan insan yang melahirkan kesan-kesan positif dan negatif.
     a.  Apakah yang dimaksudkan dengan interaksi antara tamadun.
         ___________________________________________________________________
         ___________________________________________________________________
         ___________________________________________________________________
     b. Jelaskan dua kesan yang terhasil daripada interaksi antara Tamadun China dan India
         i.  _________________________________________________________________
             _________________________________________________________________
         ii. _________________________________________________________________
             _________________________________________________________________
Contoh soalan esei
1. Salah satu isu-isu kontemporari dalam tamadun Islam dan tamadun Barat ialah isu alam sekitar.
Dengan merujuk kepada situasi yang berlaku masakini, bincangkan bagaimanakah isu alam sekitar boleh berlaku dan cadangkan lima cara untuk menangani isu alam sekitar yang sedang melanda negara kita pada hari ini.

SELAMAT MENJAWAB DAN SEMOGA BERJAYA

1 comment:

  1. Terimakasih Ustaz...segala ilmu yang dicurahkan...mohon restu dari ustaz untuk mendoakan kejayaan saya...

    ReplyDelete